Latar belakang


Latar belakang projek :

Seiring dengan perkembangan terkini fesyen muslimah yang gemar berpakaian yang selesa , menutup aurat dan kontemperori, ia memberikan idea kepada kami untuk mereka sebuah busana jubah. Jubah ini bukan sahaja selesa dan longgar malah boleh dibawa untuk solat, di mana kami ingin memudahkan pengguna menunaikan solat dengan menutup aurat dengan sempurna tanpa perlu membawa telekung. 
               Dengan hanya melaraskan kelabuhan jubah tersebut di bahagian pinggang mereka boleh menunaikan solat di mana sahaja tanpa perlu membawa telekung. Ianya banyak memberi manfaat terutamanya kepada para muslimah di luar sana yang ingin berjalan tanpa perlu bawa beg berisi telekung dan tidak perlu risau jika tidak bawa telekung atau beratur menunggu giliran menggunakan telekung untuk solat.

No comments:

Post a Comment