Pembentangan


Pada 19/5/2015,

          Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Setiap ahi kumpulan harus membentangkan hasil kerja yang telah dibuat sama ada produk ataupun web. Kami kumpulan yang paling akhir untuk membuat pembentangan.

          Kumpulan kami membentangkan produk iaitu 'Jubah As-Solah' untuk muslimah yang gemar memakai pakaian moden dan amat sesuai untuk ibu yang menyusukan anak. Jubah yang kelihatan bergaya ini menutup aurat serta sesuai untuk dibawa solat dengan fungsi tali boleh laras kelabuhan. Jubah ini juga berbeza dari jubah yang ada kerana ia adalah jubah seluar. Idea ini datang dari pensyarah TITAS kami iaitu Puan Fatin Hazwani. Tetapi, walaupun ia kelihatan menarik dan bergaya, ia tetap ada kelemahan. Sewaktu pembentangan hanya satu je persoalan yang bermain difikiran Puan Fatin, iaitu.......yang tidak terlintas langsung difikiran kami,

          Walaupun begitu, alhamdulillah pembentangan kami berjalan lancar dan selesai dengan baik.

       

No comments:

Post a Comment