MEMBELI BAHAN



Kami telah pergi ke Jalan Tunku Abdul Rahman untuk mencari kualiti kain yang sesuai untuk digayakan pada produk kami. Setelah puas mencari, kami telah memilih kain berjenis Ubish Polyester kerana ianya sesuai digayakan tidak kira di mana anda berada. Selain itu juga, kain ini tidak mudah kedut serta tahan lasak. Malah harganya juga lebih murah berbanding yang lain selain mempunyai kualiti yang baik.


Kain ini terdapat dalam pelbagai pilihan warna misalnya biru gelap, ungu, hijau, merah jambu, merah dan kuning coklat. Kami memilih warna merah tua (maroon) sebagai model produk kami untuk dijadikan sample atau contoh produk kami.




















Pekerja sedang memotong kain sepanjang 4 Meter untuk ukuran jubah yang normal