Proses Menjahit Jubah

1. Mengambil Ukuran
      Sebelum proses jahitan bermula, ukuran badan perlu diambil terlebih dahulu. Kami memilih saiz ukuran standard di mana kebanyakan muslimah boleh memakainya tanpa mengira peringkat umur dan sesuai mengikut kehendak pelanggan.


2.  Melukis pola

        Lakaran pola dilakukan di atas surat khabar sebelum melakukan proses pengguntingan kain dilakukan. Pola digunakan untuk memudahkan proses memotong kain dan mengelakkan kesilapan. Pola dilukis mengikut ukuran badan yang telah diukur. Terdapat dua pola telah disediakan, yang pertama untuk ukuran dari leher ke lengan dan yang kedua adalah ukuran bentuk badan.

Pola jubah yang bakal dihaslkan

3.  Memotong Kain


     Setelah pola siap dilukis, pola tersebut telah dilakarkan di atas fabrik kain dengan menggunakan sejens kapur atas tujuan untuk menekap pola semasa proses pengguntingan kain. Semasa lakaran, saiz pola haruslah dilebihkan sebanyak satu atau dua inci untuk memudahkan proses menjahit tepi kain. Selain itu, ia bertujuan untuk mendapatkan kesan yang lebih tepat. Pola tersebut haruslah dipinkan di atas kain bagi proses pengguntingan.


4.   Menjahit

      Proses akhir iaitu proses menjahit. Kain yang telah siap dipotong akan dijahit tepi terlebih dahulu, setelah itu proses jahitan dimulakan. Sebagai tukang jahit, proses ini haruslah dilakukan dengan berhati - hati serta teliti untuk menampakkan hasil yang lebih kemas.








No comments:

Post a Comment